Sunday, September 4, 2011

Dr Zaharah Loman, A Lady Acupuncturist Passed Away Early Morning 28 August 2011


Al Fatihah to Dr Zaharah binti Loman
Wife of Dr Nik Omar

She passed away early morning 28 August 2011 at 5.00 am
at our Residance No.122 Taman University, Gelang Mas, Buntu Susu,
Pasir Mas, Kelantan.

Due to: Chronic Rheumatic Heart Disease
Which she suffered since at 12 years.

She left her husband Dr Nik Omar and 3 children
Mr Nik Izzuddin Omary 14, Miss Nik Siti Nurbaya 12 and Miss Nik Awzien Safiqa 10.

She was born on 21 October 1975
She passed away on 28 Augsut 2011 at age 35 years.

Al Fatihah









Bahasa Melayu:


Alfatihah

Untuk makluman kepasa semua para pesakit Dr Zaharah bt Loman, isteri Dr Nik Omar telah kembali ke Rahmatullah pada 28hb Ogos 2011 jam 5 pagi [ Dua hari sebelum Hari Raya AidilFitri, kerana Sakit Jantung Kronik [ Chronic Rheumatic Heart Disease ] yang beliau alami sejak umur 12 tahun.

Zaharah dilahirkan pada 21 Oktober 1975 di Kg Gelang Mas . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, Meranti, Pasir Mas, Kelantan sehingga Darjah 6. Tingkatan 1 , beliau belajar di Sekolah Menengah Arab Pohon Buloh, Pasir Mas sehingga Tingkatan 5. Tingkatan 6 beliau belajar di Sekolah Menengah Arab Pasir Mas sehingga tamat SMU.
Selepas itu beliau megerjakan Haji pada tahun 1994 bersama ayah dan ibunya di Mekkah.

Waktu di Mekkah beliau bertemu dengan Dr Nik Omar dan bertunang di Mekkah dan tahun 1995 Che zaharah telah bernikah dengan Dr Nik Omar di Gelang Mas

Pada tahun 1995 beliau telah diterima mengikuti Kursus Kedoktoran Homeopathy sehingga beliau tamat Bachelor Homeopathic Science - BHMS pada tahun 2000. Pada tahun 2002 beliau telah lulus Pengajian Perubatan Akupunktur selama 2 tahun dan beliau menjadi ahli akupunktuis yang terkenal di daerah Pasir Mas.

Beliau telah praktik sebagai Pegawai Perubatan Akupunktur dan Homeopathy di Klinik Homeopathy Dr Nik Omar di Kuala Lumpur sehingga tahun 2002 dan terus berkhidmat di Hospital Homeopathy Dr Nik Omar di Gelang Mas, Bunut Susu, Pasir Mas sehingga beliau kembali ke rahmatullah pada 28 Ogos 2011 yang baru lalu.

Tahun 2010 beliau telah diterima masuk Universiti Malaysia dan tamat Diploma In Magnement pada Mei 2011. Pada July 2011 beliau telah lulus peperiksaan akhir dan dijemput untuk menerima ijazah di Universiti Malaya pada bulan July 2011, tetapi sayang Allah Yarhamah tidak sempat menghadiri konvoksyen tersebut.

Sepanjang hidup Che zaharah adalah seorang isteri yang solehah, taat kepada suami dan mendidik anak-anak sehingga cermelang, anak-anak semua mendapat 5A dalam UPSR.

Kata suami Che Zaharah, " Adalah sukar untuk mencari ganti seorang isteri solehah dan taat kepada suami seperti Che Zaharah, " demekian kata Dr Nik Omar.

Al Fatihah